"Peluang dan tanggungjawab yang diberikan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri akan digunakan sebaik mungkin untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk terus bersama BN dalam menerajui Selangor dan Malaysia.
"Saya berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi di kawasan DUN Sri Muda dan memastikan segala masalah yang dihadapi masyarakat setempat dapat diselesaikan sebaik mungkin," kata calon BN bagi DUN Sri Muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Raouf Mokhtar.
Beliau berkata, selaku calon baru yang dipilih untuk mewakili pengundi di Sri Muda, dia akan menterjemahkan manifesto BN sebaik mungkin agar ia dapat dinikmati seluruh masyarakat di kawasan berkenaan.
"Masalah yang gagal diatasi wakil rakyat terdahulu juga akan diperbaiki dan diselesaikan agar rakyat dapat merasai sendiri kesungguhan yang di bawa BN ke kawasan DUN Sri Muda ini," katanya sewaktu ditemui selepas menerima watikah perlantikan sebagai calon DUN Sri Muda, di sini, semalam.
Beliau turut menyeru rakyat Selangor khususnya di Kota Raja untuk bersama Perdana Menteri dan BN untuk terus memacu kegemilangan menjadi Malaysia sebuah negara yang disegani di seluruh dunia.
Katanya, keputusan Perdana Menteri meletakkan calon yang terdiri daripada muka baru membuktikan keterbukaannya untuk melakukan transformasi seiring dengan kehendak rakyat.
"Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan BN adalah pilihan yang terbaik kerana sudah terbukti berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
Sumber: Sahabat-Gunung
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu menguasai semula Selangor bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat negeri ini, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Perdana Menteri berkata ini kerana Selangor yang terletak di Lembah Klang menyumbang peratusan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara sekali gus boleh memacu negara menjadi sebuah negara maju pada masa depan.
Beliau berkata jika BN tidak dapat menguasai Selangor, kerajaan Pusat sukar untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang diperlukan Malaysia bagi mencapai status negara maju.
"Masalah bekalan air di Selangor (misalnya) satu perkara yang serius kerana ia boleh merosakkan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang yang strategik.
"60 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) dari Lembah Klang, jadi potensi menjadi negara maju bergantung kepada Selangor sebab peratus GDP di Selangor begitu besar," katanya ketika merasmikan Aku Janji BN Selangor di sini, malam ini.
Sehubungan itu, Najib mengajak pengundi di Selangor untuk memilih BN pada pilihan raya umum 5 Mei ini bagi memastikan masa depan yang lebih baik kepada mereka.
Beliau berkata rakyat perlu menilai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji mereka selama lima tahun mentadbir Selangor berbanding kejayaan Kerajaan Pusat memenuhi serta menepati keperluan rakyat menerusi pelbagai dasar dan inisiatif.
"Saya yakin dan percaya kalau persoalan yang dibangkitkan dalam minda setiap pengundi di Selangor, kalau boleh lihat kegagalan mereka (kerajaan pakatan pembangkang) memenuhi janji selama lima tahun jika dibandingkan dengan kejayaan kita menepati janji di Pusat.
"Saya beri jaminan pencapaian yang sama (dalam menepati janji kepada rakyat) akan kita saksikan di Selangor di bawah pemerintahan BN," katanya.
Najib turut mempersoal banyak janji kerajaan pakatan pembangkang yang masih tidak ditunaikan seperti elaun khas bulanan kepada ibu tunggal, pengurangan cukai pintu 20 peratus serta elaun RM75 sebulan kepada anak-anak yang dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak.
Najib percaya calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mampu membawa perubahan serta dapat menunaikan segala aku janji kepada rakyat negeri ini.
"Dengan penuh rendah diri, saya bagi pihak BN Selangor ingin nyatakan kepada rakyat Selangor, inilah pasukan yang menjadi harapan saya untuk membawa transformasi kepada Selangor... pasukan yang memenuhi harapan rakyat, membawa perubahan dan menentukan Selangor akan maju dengan lebih hebat di bawah BN," katanya.
Perdana Menteri berkata sebagai Pengerusi BN dan ketua kerajaan, beliau akan memastikan setiap aku janji parti itu akan ditepati jika BN memerintah kembali Selangor.
"Walaupun saya tidak jadi Menteri Besar Selangor kerana saya akan bertanding di Pekan (Pahang), sebagai Perdana Menteri saya akan meneliti dengan begitu serius, mengawasi serta memantau agar semua Aku janji ditepati oleh barisan wakil rakyat (BN)," katanya.
Pada masa sama, Najib berharap pengundi Selangor bijak memilih kerajaan yang mampu menunaikan janji dan tidak tertipu sekali lagi dengan janji-janji pakatan pembangkang dalam tempoh lima tahun lepas.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang dilancarkan malam ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat rakyat berbilang kaum di negeri itu.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa rakyat untuk turut sama bertindak demi kemajuan negeri Selangor yang berkesan.
"Malam ini, saya akan melancarkan manifesto untuk negeri Selangor yang menjanjikan kehidupan lebih baik buat rakyat berbilang kaum di Selangor. Marilah kita sama-sama bertindak untuk kemajuan Selangor yang berterusan," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Najib malam ini melancarkan manifesto tersebut yang mengandungi tujuh teras dan 56 aku janji yang menumpukan kepada langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
Antara lainnya BN berjanji mewujudkan koridor baharu "Selangor Global Logistic Hub" di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi menarik pelaburan asing dan antarabangsa dengan penjanaan 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor.
Tujuh teras aku janji BN Selangor itu ialah Masa Depan Lebih Cerah, Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang, Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera, Perumahan Lebih Mampu Milik, Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing, Selangor Lebih Progresif dan Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih.
Najib berkata senarai calon yang akan mewakili BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kebanyakannya adalah muka baharu merupakan wakil BN yang akan mendokong prinsip transformasi kerajaan.
Katanya langkah itu sekaligus akan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang lebih baik berbanding sebelum ini.
SHAH ALAM, 2 April – Pendirian kerajaan negeri Selangor tidak
meluluskan pembinaan projek loji rawatan air Langat 2 adalah satu
penyalahgunaan kuasa yang akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi negeri ini
dan lambat laun akan menjadikannya negeri yang mundur, kata Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Noh, yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan
UMNO Negeri, berkata kerajaan Barisan Nasional sejak 16 tahun dahulu merancang
projek membawa air mentah melalui terowong dari Pahang berharga RM4 bilion yang
kini hampir siap dan kerajaan negeri ketika itu bersetuju kawasan di Langat
digunakan untuk loji berkenaan.
“Dalam perjanjian asal, kerajaan negeri bersetuju
untuk kita menggunakan tanah di kawasan Langat untuk dijadikan loji Langat 2.
Itu sahaja…kuasa dia hanya membenarkan kita memulakan projek. Ini sahaja kuasa
dia, tetapi dia nampaknya nak tunjuk kuasa dan dia salah guna kuasa,” katanya
kepada Bernama dalam satu temu bual.
Noh berkata kuasa yang sepatutnya diberi untuk pembinaan
loji Langat 2 sebaliknya dinafikan dan kesannya hari ini Selangor sedang
berdepan dengan krisis air yang sudah pun mengakibatkan sekurang-kurangnya 440
projek yang berupaya mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan tidak dapat
dimulakan.
“Jadi, apa kesan dia? Peluang pekerjaan akan
tertutup, rumah tak boleh buat, hotel tak boleh buat, kompleks beli-belah tak
boleh buat dan Selangor lambat laun akan menjadi negeri mundur,” katanya.
Beliau berkata syarikat-syarikat yang telah
komited untuk melabur di Selangor sehingga kini masih menunggu untuk memulakan
projek-projek mereka yang tidak dapat dijalankan oleh kerana tiada jaminan
bekalan air yang mencukupi.
Sehubungan itu, Noh mahu semua rakyat Selangor
memandang perkara itu dengan serius demi memastikan kelangsungan negeri mereka
terus maju.
“Jadi untuk selesaikan masalah air ini, rakyat
Selangor tak ada pilihan, kena pastikan BN memerintah negeri Selangor.
Insya-Allah, selesai masalah air ini,” katanya merujuk kepada pilihan raya umum
yang akan diadakan tidak lama lagi.
Noh berkata rakyat Selangor juga harus sedar
bahawa isu air hanya satu gimik politik kerajaan negeri pimpinan pakatan
pembangkang yang kerap menyatakan mereka akan menyelesaikan masalah air tetapi
realitinya, keadaan semakin buruk.
“Percayalah cakap saya, mereka tidak akan dapat
menyelesaikan isu air selagi mereka memerintah negeri Selangor. Kerana isu nak
ambil alih air, isu Langat 2, dulu dia tuduh kita nak bagi kroni. Tetapi bila
kita buat tender terbuka untuk Langat 2, dia tak masuk pun open tender itu,”
kata beliau.
Oleh itu, Noh berkata kerajaan Persekutuan telah
membuat keputusan untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 demi masa depan
rakyat Selangor sementara Peguam Negara sedang mengkaji daripada segi
undang-undang demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata sekiranya loji Langat 2 tidak
disiapkan, rakyat Selangor dan negeri ini yang merupakan nadi kepada
pembangunan negara akan berdepan dengan krisis air.
“Betul, kuasa meluluskan development order
(arahan pembangunan) kuasa kerajaan negeri tetapi daripada segi undang-undang,
kita kena tengok yang mana lebih penting. Kepentingan nak menunjukkan kuasa
kerajaan negeri atau pun public interest (kepentingan awam). Walau apa pun,
kita telah minta Peguam Negara untuk membuat kajian dan kita akan teruskan
projek itu,” katanya.
Mengenai rancangan kerajaan negeri untuk
mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat konsesi air melalui pengstrukturan
semula industri air sebagai helah tidak meluluskan Langat 2, Noh berkata isu
loji berkenaan dan pengstrukturan semula adalah dua perkara yang cukup berbeza
dan tidak boleh dikaitkan.
Katanya, beliau amat hairan kenapa Menteri Besar
Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah satu masa dahulu mengetuai sebuah
syarikat korporat tidak faham urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air
Selangor (SYABAS), yang sebahagiannya milik Puncak Niaga, yang merupakan
syarikat yang disenaraikan.
“Pengstrukturan semula air ialah proses willing
buyer willing seller (kesediaan pembeli dan kesediaan penjual). Macam mana
kerajaan negeri nak mengambil alih SYABAS. Takkah seorang yang kononnya bekas
tokoh korporat, tak faham prosedur nak mengambil alih syarikat public listed
company (syarikat senaraian awam). Mesti ada proses dia,” katanya.
Noh berkata terlalu banyak dolak-dalik kerajaan
negeri berhubung isu air dan jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kerajaan
negeri akan “menjahanamkan masa depan rakyat”.
Selepas surirumah di Selayang Baru dan Taman Medan memulakan tuntutan kerajaan negeri melunaskan elaun khas suri rumah seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, hari ini kumpulan suri rumah di PPR Lembah Subang juga membuat langkah serupa bagi memastikan janji-janji yang dibuat sebelum ini oleh pihak pakatan pembangkang dilunaskan dahulu sebelum mereka membuat janji baru.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri Selangor jelas telah menipu rakyat kerana sehingga kini masih gagal menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 untuk memberikan elaun khas kepada ibu yang memilih menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Sikap yang ditunjukkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut membuktikan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik. Kebanyakan janji tidak dapat dilaksanakan, malah kini tergamak mengatakan manifesto pilihan raya bukan janji untuk ditunaikan.
Kita nampak kebangkitan ini merupakan satu perkara yang serius dan pihak GPRS dengan kerjasama peguam, Kamaruddin Ahmad akan membantu surirumah ini menuntut hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam manisfesto pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu, iaitu memberikan elaun surirumah yang memilih untuk menjaga anak sepenuh masa,” ujarnya kepada pemberita selepas menyertai demostrasi aman di sini pagi tadi.
Perhimpunan aman yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi di Padang Awam Flat PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang turut dihadiri Presiden Penyatuan Suri-Suri Rumah Negeri Selangor, Datin Reny Rahyu Mohd. Ishak.
Dalam perkembangan lain, Sohaimi melihat kenyataan Tan Sri Khalid yang mengatakan kejayaan pentadbiran kerajaan negeri pakatan di Selangor membuktikan bahawa mereka sudah bersedia untuk mentadbir Malaysia merupakan `cakap-cakap politik’ yang penuh dengan retorik, malah bercakap tanpa asas.
“Kalau nak dengar Tan Sri Khalid cakap, dalam isu air pun dah 18 kali alasan dibuat untuk menyelesaikan masalah dan krisis air di Selangor, tapi tidak juga selesai.
Buktikan dulu fakta kejayaan kerajaan negeri, biar kita tunjukkan pula bukti-bukti kegagalan pentadbiran kerajaan negeri pakatan khususnya di Selangor selama ini.
Kita boleh buktikan betapa banyaknya kelemahan, kegagalan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri pakatan berbanding di bawah pentadbiran kerajaan BN di Selangor selama ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Bagi Presiden Penyatuan Suri-Suri Rumah Negeri Selangor, Datin Reny Rahyu Mohd. Ishak, manifesto yang tidak ditunaikan membuatkan wanita berasa sakit hati kerana tertipu.
“Kerajaan negeri tabur macam-macam janji pada wanita untuk rebut kuasa. Janji hendak bagi elaun pada suri rumah tangga, ibu tunggal dan warga emas tapi satu sen pun tak beri.
“Kita beri peringatan supaya berhenti buat janji kerana rakyat kini semakin bijak menilai untuk memilih kerajaan akan datang," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini.
Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham.
Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan.
Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjungan singkat itu.
Sementara itu, ibu Mohd Azrul, Sa'diah Md Amin berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan menghalang jika ada anak dan cucunya yang berhasrat menyertai pasukan keselamatan.
Ini adalah kali kedua ibu bapa Mohd Azrul bertemu Perdana Menteri, pertama kali semasa menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di Pangakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 4 Mac lepas.
Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap sekumpulan pengganas bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam 2 Mac lepas.
Sementara itu, penduduk kampung menamakan jalan masuk ke rumah keluarga Allahyarham sebagai 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul'.
Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian
sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari
ini.
Beliau berkata, ia kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan
persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan
akhirnya rakyat sendiri akan rugi.
Katanya, keadaan ini jelas bila mana kerajaan negeri sekarang di
bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan
berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di
Selangor oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti
cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah
terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang
pembangunannya malah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan
Kemiskinan.
Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan
Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200
badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka
kepada BN.
Selain itu, katanya, Projek Langat 2 juga terbantut sehingga
sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran merancang bagi
pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.
"Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan
Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita
cuma minta keluarkan kebenaran merancang saja," katanya.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata,
kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak
menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara
menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap
kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.
Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin
memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan
tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya
Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Noh berkata, begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata kerajaan Selangor akan membubarkan
Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu
sudah mendapat persetujuan Sultan Selangor.
Katanya, mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar sudah
menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan sudah mendapat
perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.
Bagaimanapun, Noh berkata, sehingga sekarang tarikh pembubaran
dewan tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan
membubarkan dewan undangan negeri dulu tetapi akan dibubar serentak dengan
Parlimen.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Ahmad Maslan berkata, beliau berharap NGO, juga kuasa ketiga di Malaysia
selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan parti-parti
politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.
Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini juga himpunan
keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan
Selangor, katanya.
Beliau berkata, program yang bermula November tahun lalu dijangka
selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan.
Sumber: Noh Omar
Semakin hari semakin ramai rakyat Selangor bangkit mendesak
kerajaan negeri Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung dalam
manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Terbaru, seramai 5000 ibu bapa dari Ampang dan Pandan menuntut
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji dalam manifesto
PRU-12, untuk memberi bantuan prasekolah RM50 sebulan, bagi setiap anak mereka.
Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar
Said Ahmad berkata, majoriti penduduk yang ditemui kecewa dengan sikap kerajaan
negeri yang mengemukakan pelbagai alasan dan syarat apabila rakyat menuntut
janji, sedangkan ketika kempen PRU-12 lalu, pakatan pembangkang mengatakan
semua rakyat layak menikmati kemudahan dijanjikan itu jika menang.
“Manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira
jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan. Ini bermakna anak-anak setiap
keluarga di Selangor yang mengikuti pendidikan di taman bimbingan kanak-kanak
(tabika) atau taman didikan kanak-kanak (tadika) layak mendapat elaun RM50
sebulan.
“Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa
Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan
kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8
juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang
memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas,” ujarnya selepas menyertai
demonstrasi aman kumpulan ibubapa sekitar Ampang dan Pandan di Jalan Lembah
Jaya Selatan, dekat sini baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, BBRS menafikan dakwaan kononnya menghalang
atau menakutkan ibu-bapa Pra Sekolah untuk menerima bantuan pra persekolahan
dari kerajaan pakatan negeri Selangor.
Kenyataan yang dibuat dalam website Selangorku merupakan kenyataan
yang melulu dan tidak bertanggungjawab, satu pembohongan besar dengan menuduh
kerajaan pusat menyekat bantuan Skim Tunas kerajaan negeri Selangor.
Persoalannya, kerajaan negeri tidak telus untuk menyampaikan
maklumat menyeluruh kepada rakyat Selangor khususnya kepada ibu-bapa yang
mempunyai anak di pra-sekolah, mengapa pilih bulu, mengapa pilih kasih.
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang,
Datuk Ismail Kijo berkata, pembangkang yang mengeluarkan manifesto berhubung
pemberian elaun itu wajar menunaikan janji sebaik sahaja memenangi pilihan raya
umum yang lalu.
Kerajaan negeri pandai berdolak-dalik dengan janji yang ditabur
apabila mengenakan syarat iaitu keluarga yang berpendapatan kurang daripada
RM1,500 sebulan saja dapat menerima bantuan ini.
Dalam manifesto, ia bermaksud semua anak Selangor yang memasuki
pra sekolah layak mendapat RM50 sebulan tanpa mengira pendapatan keluarga
mereka.
“Bukan setakat tuntutan bantuan RM50 untuk anak-anak di sekolah
tadika, tuntutan air percuma, tuntutan elaun ibu tunggal malah kerajaan negeri
akan turut berdepan tindakan saman apabila seramai 50,000 warga emas dijangka
memfailkan saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada
Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
“Kita akan membantu warga emas menuntut caruman mereka hingga ke
lubang cacing kerana mereka telah ditipu dan dieksploitasi oleh pakatan
pembangkang untuk menang pada PRU-12 di Selangor.
“Kita juga terpanggil untuk membantu golongan warga emas itu
membuat tuntutan melalui saman mahkamah setelah hampir lima tahun kerajaan
negeri tidak memenuhi janji-janji dalam manifesto semasa PRU- 12,” ujarnya yang
juga Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor.

Antara faktor yang menyebabkan harga rumah di Selangor melambung tinggi ialah kenaikan harga pasir di negeri itu.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebelum pakatan pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor harga pasir satu lori 30 tan ialah RM300 namun Kumpulan Semesta Sdn Bhd harganya meningkat kepada RM800 satu lori 30 tan sejak perniagaan pasir dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri, .
"Bila pasir mahal harga rumah menjadi mahal. Oleh kerana bekalan air di Selangor hanya mencukupi untuk kegunaan semasa, pembinaan rumah-rumah baharu tidak dapat dilaksanakan bagi menampung peningkatan permintaan dan ini boleh menyebabkan harga rumah melambung.
"Oleh kerana itu, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek mitigasi bekalan air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta dan pada tahun lepas sebuah loji air baharu di Sungai Labu siap dibina dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan," katanya semasa Debat Jom Tolak Pakatan Rakyat yang turut disertai Penaung Waris Malaya Senator Mohd Ezam Mohd Noor di Alam Megah di sini anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan baru-baru ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menjelaskan, Kerajaan Pusat telah meluluskan bantuan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengatasi masalah air di Selangor.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan harga rumah di Selangor adalah kerana permintaan hartanah yang tinggi daripada kalangan pelabur biarpun harga tanah semakin meningkat.
Mohd Ezam pula berkata pengundi perlu terus menyokong pemerintahan BN dalam pilihan raya umum ke-13 bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia yang mempertahankan pendirian berkecualinya daripada pengaruh kuasa-kuasa besar dan dihormati oleh negara-negara membangun.
"Malaysia bukanlah sebuah negara kecil walaupun saiznya kecil dan telah mendapat penghormatan dan kepercayaan negara-negara lain seperti dunia Arab dalam pembangunan kewangan Islam, bahkan Kerajaan Filipina dan Bangsa Moro yakin kepada Malaysia sebagai orang tengah dalam perjanjian damai di antara kedua-dua pihak," katanya.
Katanya memang BN bukan sebuah parti yang sempurna dan perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa tetapi ia masih teguh dalam perjuangannya mempertahankan bangsa dan agama berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan agama untuk kepentingan politik.
Mohd Ezam berkata antara faktor beliau tidak mahu berdebat dengan pemimpin pembangkang sebab sesetengah mereka tidak bertanggungjawab kerana mempolitikkan isu-isu yang sepatutnya bebas daripada politik seperti pendidikan dan air selain daripada sanggup memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.
|
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan seminar kebangkrapan pada 18 Februari ini untuk membantu golongan yang menghadapi status muflis keluar dari kemelut berkenaan.
Pengerusinya Datuk Sohaimi Sahadan berkata seminar tersebut di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan disertai Bahagian Insolvensi, Bank Negara; Majlis Peguam, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau berkata segala cadangan di seminar itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk antara lain kemungkinan mengkaji semula Akta Kebangkrapan.





Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika melancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 peringkat Kebangsaan di Padang Taman Dagang, Ampang baru-baru ini berkata bahawa BRIM2.0 ini adalah merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat Malaysia. Janji kerajaan BN merupakan satu janji yang ditepati, tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji, namun sebaliknya gagal dan tidak mampu menunaikan segala janji yang telah mereka taburkan selama ini.
“Kita menepati janji kita, bila kita janji BRIM 1.0, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BRIM 2.0, mulai hari ini, janji yang kita buat akan kita tunaikan kepada rakyat dan mereka yang layak.
Sebab itu, semakin hari rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN. Rakyat Selangor sudah yakin, sebab itu rakyat yang sayangi Selangor harus menyokong BN. Sudah menjadi hasrat kita, agar kerajaan negeri dan kerajaan pusat datang dari parti yang sama, Barisan Nasional.
Banyak masalah yang berlaku hari ini di Selangor, terutamanya masalah bekalan air kerana mereka asyik mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan pusat wal hal mereka patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah air, walaupun mereka dating dari parti yang lain di peringkat negeri, tetapi masalah air ini merupakan masalah hak rakyat yang seharusnya tidak dijadikan permainan politik oleh pihak kerajaan negeri Selangor,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0.
Tambahnya, kerajaan pusat akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air ini tetapi Najib membayangkan bahawa cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui proses pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Kita dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi, sebab banyak pemaju projek perumahan, 430 buah projek tertangguh sebab kurangnya masalah bekalan air. Banyak pelabur dari luar negara tidak akan melabur di Selangor, akhirnya rakyat Selangor yang akan rugi.
Kita tidak boleh lagi membiarkan keadaan ini berterusan. Manifesto merupakan satu janji, tetapi Menteri Besar Selangor kata, ia hanya manifesto, bukan janji pada rakyat.
Sebagai manusia , apatah lagi pada pemimpin, kita berpegang pada cakapnya. Pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang pada percakapannya, boleh dipegang oleh rakyat apatah lagi janji pada rakyat, mesti ditunai dan dilaksanakannya,”tambahnya lagi.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar, Penyelaras BN Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin-pemimpin masyarat setempat.
“Kita tidak mahu pembangkang menghasut rakyat, dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas atau separuh benar semata-mata untuk membuatkan rakyat marah pada kerajaan.
Mereka tidak mampu, mereka tabor janji tetapi janji mereka janji palsu. Tanyalah pada kaum ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan dapat atau tidak, tanya juga mereka yang ada kedai-kedai perniagaan, adakah janji mereka untuk menurunkan cukai pintu sudah dilaksanakan, sebaliknya cukai pintu ini naik.
Sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan akhirnya jadi janji kosong,”tambahnya lagi.
|
Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun Selangor pada 26 Feb 2013 adalah langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat serius.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, menabalkan sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.
“Krisis air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada 2014.
Hasrat Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR. Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah sedang bersiap-siap 'memasang badan' sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor pasca PRU 13,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Tambahnya, hasrat Khalid untuk melakukan 'stunt' juga boleh dilihat amat canggung kerana Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.
Adakah Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.
“Apa pun setelah lebih 4 tahun 10 bulan pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.
Krisis dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS, Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat, rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid - Anwar 2008-2013 di negeri Selangor.
Rakyat Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang,” ujarnya lagi.
Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu sebagai satu lagi kemenangan rakyat Selangor, selepas tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu, juga turut .
“Ini merupakan kejayaan Rakyat 2.0 yang selama ini sudah tidak tahan menunggu. Mereka (kerajaan pakatan) berjanji dalam manifesto, hari ini tempoh mereka memerintah pun dah nak habis tetapi janji-janji mereka masih tidak tertunai.
Oleh itu rakyat negeri Selangor hari ini dah sedar dan mereka telah bangun untuk menuntut hak mereka dan walaupun kerajaan negeri kita lihat waktu kumpulan ib tunggal menuntut hak mereka, kerajaan negeri cuba mengelakkan diri, cuba nak menafikan hak ibu tunggal tetapi kumpulan ibu tunggal ini telah menang dalam pusingan yang pertama,” ujarnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor.
Tambahnya, dalam isu air ini juga pihak kerajaan negeri cuba untuk menafikan hak rakyat yang tidak dapat bekalan air percuma ini sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kalau kerajaan negeri ikhlas dalam menunaikan janji mereka, tempatnya bukan di mahkamah. Mereka boleh berbincang dan menyelesaikannya di luar mahkamah, ataupun menunaikan janji-janji mereka.
Tetapi apabila mereka memohon kepada mahkamah untuk mengenetepikan tuntutan ini, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sengaja mencari helah, mencari jalan supaya janji-janji mereka tidak ditunaikan.
Saya dimaklumkan bahawa selepas ini, ada pula kumpulan warga emas, kumpulan anak-anak tadika, kumpulan dari peniaga-peniaga yang dulu dijanjikan cukai pintu nak turun tapi sebaliknya, juga difahamkan juga sedang membuat persiapan untuk ke mahkamah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Oleh itu, Noh menasihatkan kerajaan untuk untuk bersedia, bahawa kebangkitan rakyat kini jelas, mereka berjuang untuk menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka dan akhirnya rakyat menyokong pakatan pembangkang dan akhirnya BN kalah di negeri Selangor.
“Bagi saya, ini merupakan kejayaan rakyat, dalam menuntut hak mereka. Rakyat harus sedar permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan pakatan, dan rakyat harus menilai kembali kerajaan yang benar-benar prihatin dan menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.
Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.
Alhamdullillah.... selepas tuntutan ibu tunggal .... hari nie sekali lagi kerajaan negeri Selangor mendapat tamparan kedua apabila mahkamah tingi Shah Alam baru-baru ini memutuskan tuntutan rakyat menang peringkat pertama dan tolak permohonan batal oleh kerajaan negeri, jadi menurut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato' Sohaimi Shahadan.... kes ini akan diteruskan. Satu kemenangan moral untuk rakyat Selangor yang dinafikan hak air percuma.....
Sumber: Sahabat-Gunung
Akhirnya, perjuangan NGO bernama SERANG atau Sekretariat Orang Muda Selangor mengenai perumahan anak muda atau rumah rumah Selangor merupakan satu perjuangan yang sia-sia kerana memang wujud rumah murah yang dibina oleh kerajaan Selangor KHAS UNTUK RAKYAT SELANGOR ….
Tapi keratan akhbar di bawah ini membuktikan bahawa memang wujud rumah murah .... mungkin anak Selangor yang menetap di SARAWAK…..
Lokasinya di Saratok ….
Wahai Khalid Gagap …. Apa ke jadahnya ko buat rumah kat sana sedangkan rakyat ko sendiri tak dapat nikmat atau projek perumahan kos rendah seperti yang korang dakwa …..
Nie ibarat pepatah Melayu mengatakan …. “Kera di hutan di susukan, anak di buaian mati kebuluran.....” .....